Tinted cermin rumah dan pejabat tidak asing lagi bagi penduduk Malaysia disebabkan oleh cuaca yang dialami oleh negara tersebut. Akan tetapi, masih ramai yang tidak tahu akan kelebihan menggunakan tinted terhadap rumah/pejabat. Antara fungsinya adalah memberikan keselesaan terhadap penghuni itu sendiri dari segi pemotongan haba, pemotongan UV, meningkatkan privasi dan mengurangkan silau cahaya.

Terdapat pelbagai jenis tinted rumah yang disediakan bagi pengguna untuk dipilih berdasarkan kemahuan pengguna itu sendiri. Sebagai contoh, peratusan pemotongan haba yang dikehendaki pengguna. Perlu diingatkan bahawa semua lapisan filem memberikan 99% pemotongan UV, maka dengan itu anda tidak perlu lagi risaukan tentang nilai peratusan pemotongan UV dalam lapisan filem. Anda hanya perlu menentukan kehendak anda dalam memilih warna, peratusan pemotongan haba dan juga ketebalan filem.

Harga tinted tingkap rumah dikira berdasarkan setiap kaki persegi. Maka dengan itu, anda dapat membuat anggaran kos terlebih dahulu sebelum pasang tinted pada cermin rumah atau pejabat. Kebiasaannya harga bermula dari RM4 dan keatas. Mungkin anda membunyai bajet anda sendiri maka dengan itu anda dapat mengira keluasan cermin dan melakukan kos anggaran kasar melaluinya.

Bergantung kepada negara yang mengeluarkan tinted, jaminan waranti adalah berbeza. Bagi pengetahuan anda, filem yang dikeluarkan oleh negara USA adalah filem yang paling berkualiti dimana jaminan waranti bagi filem itu paling rendah adalah 5 tahun penggunaan. Anda tidak perlu risau akan turunnya warna tinted. lekang terbuka dan lain-lain. Bagi gred kedua, filem yang diperbuat dari Korea mempunyai jaminan antara 1 hingga 2 tahun. Harganya murah dan bagi anda yang mempunyai bajet belanjawan yang rendah anda boleh menggunakan filem ini.

Translate this for me

    Hip Hop
    • 82 bpm
    • Key: Gbm
    Full Link
    Short Link (X/Twitter)
    Download Video Preview for sharing